Ini adalah penulisan aku yang pertama di dalam blog ini. Aku sudah lama tidak berblog. Agak lama. Dulu aku jadikan blog ini sebagai tempat untuk aku berkarya dengan menulis seakan-akan ianya adalah sebagai diari aku setiap hari ini. Cuma kali ini, penulisan aku akan lebih kasual.

Untuk makluman, aku akan ke Jakarta pada 10 Oktober 2025. Tiket flight dari AirAsia aku sudah beli. Aku harap tiada apa-apa masalah ketika perjalanan aku ke Jakarta nanti. Kenapa aku pilih ke Jakarta? Sebenarnya aku ke Jakarta sebab aku cuba untuk mencari seseorang yang aku minat dengan suara dia. Setiap hari, setiap minit dan saat aku dengar lagu-lagu penyanyi ini. Kalau aku lihat, dalam kalangan aku, hanya aku sahaja yang follow penyanyi ini di dalam media sosial. Tiada seorang kawan aku yang follow penyanyi ini. Tetapi aku tak kisahlah. Aku yakin dan percaya, penyanyi ini boleh jadi artis sehebat Afgan pada masa akan datang.

Jadi untuk misi ke Jakarta ini, aku ada beberapa rancangan untuk pastikan plan aku ini berjaya. Nak ke Jakarta, aku akan pergi seorang diri. Sehingga kini, aku masih lagi rasa kurang keyakinan diri. Nak tengok cermin di tandas pun rasa malu. Iya lagi. Badan gemuk macam aku ini memang rasa jiwa tak seronok. Aku dah gemuk sejak dulu. Kadang-kadang aku cuba elak untuk bergambar dengan orang lain. Aku takut gambar itu rosak sebab aku. Jadi aku cuba elak untuk bergambar dengan orang lain. Sebab itu, aku bercadang ke Jakarta ini sebagai pemangkin aku untuk kuruskan badan. Aku nak ke Jakarta sebab nak jumpa artis yang aku minat. Nak bergambar apa semua. Nak ambil video. Tak mungkin aku ambil gambar dengan keadaan aku yang masih gemuk dan tidak kacak.

Untuk kali ini, aku kena paksa diri aku untuk jaga penampilan. Beli pelbagai pencuci muka, moisturiser pelbagai tetapi masih malas nak kekalkan rutin. Sebab itu, adanya blog Iya Lagi ini, aku akan kemaskini setiap hari termasuklah misi ke kurus dan sebagainya. Jadi untuk blog ini, aku akan kemaskini setiap hari ini, termasuk progress diet aku. ianya akan bermula pada 1 Jun 2025. Jadi ia akan bagi aku tempoh 132 hari untuk selesaikan misi ini sehinga tarikh aku terbang ke Jakarta.

Jadi untuk penulisan blog ini aku akan kemaskini dua perkara iaitu:

  1. Misi diet 132 hari
  2. Misi ke Jakarta

Akhir kata, semoga penulisan blog ini akan memberi manfaat untuk semua orang. Aku bukanlah handal menulis. Tapi aku cuba menulis untuk memberikan manfaat untuk semua orang. Itu sahaja untuk hari ini. Semoga kita jumpa 1 Jun 2025 ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *